Notis Privasi

Terakhir diubah suai: November 28, 2019

Kami komited untuk memastikan maklumat peribadi anda dilindungi di SalamWeb. Notis Privasi ini akan memastikan bahawa anda mengetahui sepenuhnya tentang maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda, cara kami menggunakan maklumat tersebut, orang yang saling berkongsi maklumat tersebut dengan kami dan hak-hak anda.

Notis Privasi ini menjawab soalan-soalan berikut:
1. Siapakah kami?
2. Apakah maklumat peribadi yang kami kumpulkan apabila anda mengunjungi laman web SalamWeb?
3. Apakah maklumat peribadi yang kami kumpulkan apabila anda mengakses produk dan perkhidmatan SalamWeb?
4.Apakah yang berlaku jika anda tidak memberikan maklumat peribadi yang kami minta?
5. Bolehkah kami menukar tujuan yang sepatutnya untukkamimenggunakan maklumat peribadi anda?
6.Berapa lamakah kami akan menyimpan maklumat peribadi anda?
7. Dengan siapakahkami akan berkongsi maklumat peribadi anda?
8. Kuki
9.Bagaimanakah kami menjamin keselamatan maklumat peribadi anda?
10.Adakah kami akan memindahkan maklumat peribadi anda keluar dari EEA?
11.Apakah hak anda terhadapmaklumat peribadi anda?
12.Adakah Notis Privasi ini merangkumi laman web yang anda pautkan dari laman web kami atau Penyemak Imbas SalamWeb?
13.Bagaimanakah kami akan memaklumi anda tentang apa-apa perubahan pada notis Privasi ini?
14. Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?
15.Senarai data yang dikumpulkan.

  1. Siapakah kami?
    “SalamWeb” atau “kami” membawa maksud Penyemak Imbas SalamWeb, portal gaya hidup SalamToday, perkhidmatan sembang terbukaSalamChat, perkhidmatan pengagregatan berita SalamNewsdan produk serta perkhidmatan lain (termasuk laman web dan aplikasi mudah alih) yang dikendalikan oleh Salam Web Technologies DMCC dengan nombor pendaftaran DMCC95177 dan yang mempunyai pejabat berdaftar di Unit Nombor: I5-PF-118, Detached Retail I5, Plot No. JLT-PH1-RET-I5, Jumeirah Lakes Towers, Dubai, Emiriah Arab Bersatu atau syarikat kumpulannya seperti yang dinyatakan di bawah.Kami adalah pengawal data untuk maklumat peribadi anda. Ini bermakna kami bertanggungjawab untuk menentukan cara kami mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi tentang anda.
    Orang yang diberi kuasa oleh kami untuk Perlindungan Data boleh dihubungi melalui e-mel di alamat[email protected], atau secara bertulis kepada Unit Nombor: I5-PF-118, Detached Retail I5, Plot No. JLT-PH1-RET-I5, Jumeirah Lakes Towers, Dubai, Emiriah Arab Bersatu.Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan tentang Notis Privasi ini, sila hubungiorang yang diberi kuasa oleh kami untuk Perlindungan Data.
    Kami menyediakan skop produk dan perkhidmatan, seperti penyemak imbas, aplikasi, laman web dan sebagainya yang akan membantu anda dalam kehidupan harian anda.
  2. Apakah maklumat peribadi yang kami kumpulkan apabila anda mengunjungi laman web SalamWeb?
    Apabila anda melayari laman web SalamWeb (www.salamweb.com,www.salamtoday.comatau mana-mana laman web lain yang berkaitan atau tidak berkaitan dengan SalamWeb) maklumat peribadi anda mungkin dikumpulkan dalam bentuk maklumat log, alamat IP anda, data daripada kuki dan maklumat-maklumat lain. Kuki yang dikumpulkan oleh laman web mungkin penting atau tidak penting.
    Apabila kami mengumpulkan maklumat peribadi anda menggunakan kuki, kami akan menggunakan maklumat tersebut sama ada berdasarkan kepentingan sah kami sebagai perniagaan untuk berbuat demikian atauatas dasar bahawa anda telah bersetuju untuk kami melakukan tindakan tersebut.Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi[email protected].
    Apabila anda membuat akaun dengan kami, kami akan mengumpulkan nama, nama keluarga, nama panggilan, nombor telefon bimbit, alamat e-mel, pilihan anda (yang akan disesuaikan dengan topik yang paling anda minati seperti memasak, politik,pendidikan dan sebagainya).Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk membuat akaun untuk anda dan (jika anda telah bersetuju untuk kami berbuat demikian) menghantar maklumat tentang topik yang telah anda nyatakan sebagai minat anda.
    Apabila kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk membuat akaun anda, kami berbuat demikian atas dasarbahawa anda telah memberikan persetujuan andakepada kami. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi[email protected].
    Apabila anda melanggan untuk menerima berita dan butiran tentangperistiwa masa hadapan kami, kami akan mengumpulkan alamat e-mel anda. Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar butiran peristiwa dan memastikan anda dikemas kini dengan topik berita yang telah anda nyatakan sebagai perkara yang anda minati.
    Apabila kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar butiran berita dan peristiwa masa hadapan, kami akan menggunakan maklumat peribadi anda berdasarkan perkara yang telah anda persetujui untuk dilakukan oleh kami. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi[email protected].
    Apabila anda berkomunikasi dengan pengguna kami pada mesej langsung atau forumsembang kami, kami akan mengarkibkan maklumat ini walaupun selepas maklumattersebut tidak lagi tersedia secara umum.
    Anda hanya akan dapat menyumbang kepada sembang atau apa-apa perkhidmatan lain selepas anda mendaftar dan/atau telah log masuk. Data yang anda siarkan akan dihubungkan dengan akaun anda dalam sistem kami.
    Jika anda menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggankami, kami akan mengumpulkan nama penuh anda, nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan butiran pertanyaan atau isu anda.Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengakses akaun anda (jika ada) dan untuk memberi respons kepada anda serta untuk menyiasat, mempertimbangkan dan menangani apa-apa pertanyaan atau isu yang telah anda bangkitkan. Untuk memastikan bahawa anda menerima perkhidmatan pelanggan terbaik daripada kami, kami akan menyimpan perbualan sebelumnya yang berlaku antara kami dengan anda.
    Kami juga boleh mengumpul, menyimpan dan menggunakan ‘kategori khas’ maklumat peribadi yang lebih sensitif. Ini termasuk maklumat tentang kepercayaan agama anda, yang akan dikumpulkan apabila anda membuat akaun dengan kami atau menggunakan mana-mana kemudahan dalam talian laman web kami.
    Apabila kami mengumpulkan maklumat peribadi tentang kepercayaan agama anda, kami akan melakukan tindakan tersebut berdasarkan asas bahawa anda telah bersetuju untuk kami berbuat demikian.Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi[email protected].
  3. Apakah maklumat peribadi yang kami kumpulkan apabila anda mengakses produk dan perkhidmatan SalamWeb?
    Apabila anda mengunjungi mana-mana produk dan perkhidmatan SalamWeb sertamenggunakan secara khusus Penyemak Imbas SalamWeb, kami akan mengumpulkan maklumat peribadi anda. Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk meningkatkan prestasi produk dan perkhidmatan kami. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi[email protected].
    Senarai data yang dikumpulkan akan disediakan pada penghujung dokumen ini.
    Apabila anda membuat akaun dengan kami melalui aplikasi kami, kami akan mengumpulkan nama, nama keluarga, nama panggilan, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel.Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk membuat akaun untuk anda dan (jika anda telah bersetuju untuk kami berbuat demikian) menghantar maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami.
    Apabila kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk membuat akaun anda, kami berbuat demikian atas dasar bahawa anda telah bersetuju untuk kami melakukan tindakan tersebut. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi[email protected].
    Apabila anda melanggan untuk menerima berita dan butiran tentang peristiwa masa hadapan kami, kami akan mengumpulkan alamat e-mel anda. Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar butiran peristiwa dan memastikan anda dikemas kini dengan topik berita yang telah anda nyatakan sebagai perkara yang anda minati.
    Apabila kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar butiran berita dan peristiwa masa depan, kami akan menggunakannya berdasarkan asas yang telah anda berikan kepada kami persetujuan anda. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi[email protected].
    Apabila anda berkomunikasi dengan pengguna kami pada mesej langsung atau forum sembang kami, kami akan mengarkibkan maklumat ini walaupun selepas maklumat tersebut tidak lagi tersedia secara umum.
    Jika anda menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami, kami akan mengumpulkan nama penuh anda, nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan butiran pertanyaan atau isu anda. Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengakses akaun anda (jika ada) dan untuk memberi respons kepada anda serta untuk menyiasat, mempertimbangkan dan menangani apa-apa pertanyaan atau isu yang telah anda bangkitkan. Untuk memastikan bahawa anda menerima perkhidmatan pelanggan terbaik daripada kami, kami akan menyimpan perbualan sebelumnya yang berlaku antara kami dengan anda.
    Kami juga boleh mengumpul, menyimpan dan menggunakan ‘kategori khas’ maklumat peribadi yang lebih sensitif. Ini termasuk maklumat tentang kepercayaan agama anda, yang akan dikumpulkan apabila anda membuat akaun dengan kami atau menggunakan mana-mana kemudahan aplikasi kami.
    Apabila kami mengumpulkan maklumat peribadi tentang kepercayaan agama anda, kami akan melakukan tindakan tersebut berdasarkan asas bahawa anda telah bersetuju untuk kami berbuat demikian. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi[email protected].

Kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk membawa atau mempertahankan prosiding undang-undang.
Apabila kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan mempertahankan diri atau melakukan prosiding undang-undang, kami berbuat demikian atas dasar kepentingan sah kami sebagai perniagaan untuk melindungi hak kami dari segi perundangan. Sila hubungi[email protected]jika anda inginkan maklumat terperinci tentang kepentingan sah kami.

Kami juga memproses data peribadi anda untuk memenuhi apa-apa kewajiban atau pematuhan undang-undang yang mungkin kami hadapi.

  1. Apakah yang berlaku jika anda tidak memberikan maklumat peribadi yang kami minta?
    Jika anda tidak memberikan maklumat peribadi yang kami perlukan apabila kami meminta maklumat tersebut, kami mungkin tidak dapat memberikan respons kepada anda, menetapkan anda sebagai ahli atau memperkenalkan anda kepada ahli kami yang lain dan menyediakan produk serta perkhidmatan kami. Jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan tentang sama ada anda perlu memberikan maklumat peribadi anda, sila hubungi[email protected].
  2. Bolehkah kami menukar tujuan yang sepatutnya untuk kami menggunakan maklumat peribadi anda?
    Kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas melainkan jikauntuk sebab lain yang serasi dengan tujuan asal tersebut. Sekiranya kami menukar tujuan yang sepatutnya untuk kami menggunakan maklumat peribadi anda dan anda inginkan penjelasan tentang cara tujuan baharu itu bersesuaian dengan tujuan asal, sila hubungi[email protected].
    Jika kami hendak menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang tidak berkaitan, kami akan memberitahu anda dan kami akan menerangkan asas undang-undang yang membolehkan kami melakukan tindakan ini.
  3. Berapa lamakah kami akan menyimpan maklumat peribadi anda?
    Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda untuk satu tempoh yang diperlukan untuk memenuhi keperluan perundangan, perakaunan atau pelaporan atau untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan kami.Untuk menentukan tempohmasa bagi kami menyimpan data peribadi anda, kami akan mempertimbangkan jenis data peribadi, risiko yang berkaitan dengan pelanggaran atau pendedahan data yang tidak dibenarkan dan sama ada terdapat mana-mana keperluan undang-undang atau peraturan yang harus kamipatuhi.
  4. Dengan siapakah kami akan berkongsi maklumat peribadi anda?
    Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga yang bereputasi baik. Dalam keadaan anda tidak memberikan persetujuan untuk kami berbuat demikian, kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga untuk pemasaran.
    Kami telah menetapkan bahawa kami boleh berkongsi maklumat peribadi anda denganpihak ketiga yang berikut:
    * Syarikat Kumpulan: Salam Web Technologies MY Sdn Bhd, 1 Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Brickfields, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
    * Penasihat Profesional: Dalam keadaan anda telah membuat tuntutan terhadap laman web kami, kami boleh berkongsi maklumat peribadi anda dengan penasihat profesional seperti peguam, akauntan dan broker insurans untuk mendapatkan nasihat.
    * Pembekal Perkhidmatan IT: Kami menggunakan pihak ketiga yang bereputasi baik untuk menyediakan sistem IT, pembangunan perisian dan sokongan untuk mereka. Mereka mungkin mengakses maklumat peribadi anda setakat yang mereka perlukan untuk menyediakan perkhidmatan mereka.
    * Syarikat Analisis Laman Web dan Profiling: Kami menggunakan pihak ketiga yang bereputasi baik untuk menganalisiscara penggunaan laman web/aplikasi kami misalnya analisis penyemakimbasan atau corak trafik pelanggan untuk membolehkan kami meningkatkan laman web/aplikasi kami dan pengalaman anda.Mereka juga membantu kami menyesuaikan maklumat dan tawaran yang kami hantar kepada anda.
    * Penggabungan: Sekiranya ada kemungkinan untuk kamimenjual kesemua atau sebahagian daripada syarikat kami atau bergabung dengan organisasi lain, kami boleh memindahkan maklumat peribadi yang telah kami kumpulkan seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini, bersama dengan aset perniagaan kami yang lain, kepada organisasi yang membeli atau bergabung dengan syarikat kami.
    * Keperluan Undang-undang dan Peraturan: Kami akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan entiti, syarikat atau individu dalam keadaan adalah perlu untuk mematuhi mana-mana undang-undang, kaedah, peraturan, prosedur undang-undang. mana-mana pihak ketiga yang lain untuk tujuan bertindak mengikut kehendak mahkamah, pengawal selia atau agensi kerajaan, sebagai contoh, mematuhi suatu waran geledah atau perintah mahkamah atau bertindak menurut undang-undang atau peraturan yang berkenaan.
    Kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga setakat yang perlu bagi mereka untuk melaksanakan tujuan yang disenaraikan di atas.
  5. Kuki
    Kuki ialah fail teks kecil yang diletakkan pada peranti anda apabila anda mengakses laman web kami. Kami menggunakan kuki dan peranti pengesanan dalam talian yang lain untuk menjadikan pengalaman dalam talian anda lebih cekap dan menyeronokkan
  1. Bagaimanakah kami menjamin keselamatan maklumat peribadi anda?
    Kami telah mewujudkanbeberapa langkah keselamatan untuk menghalang maklumat peribadi anda daripada secara tidak sengaja hilang, digunakan atau diakses dengancara yang tidak dibenarkan , diubah atau didedahkan.Kami juga akan menghadkan orang yang mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda kepada individu-individu yang mempunyai keperluan perniagaan untuk mengakses maklumat anda. Individu-individu ini tertakluk kepada tugas kerahsiaan.
    Kami telah meletakkan prosedur untuk menangani apa-apa pelanggaran keselamatan data yang disyaki dan akan memaklumkan kepada anda dan mana-mana pengawal selia yang berkaitan dengan pelanggaran yang disyaki dalam keadaan kami diwajibkan untuk berbuat demikian.
    Prosedur keselamatan kami bermakna bahawa kami sekali-sekala boleh meminta bukti identiti sebelum kami dapat mendedahkan maklumat peribadi kepada anda.
  2. Adakah kami akan memindahkan maklumat peribadi anda keluar dari EEA?
    Kami berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami yang berpangkalan di dalam dan di luar Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”) dan Emiriah Arab Bersatu (“UAE”), seperti berikut:
    * Kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat kumpulan kami: Salam Web Technologies MY Sdn Bhd, 1 Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Brickfields, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
    * Penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami yang saling berkongsi maklumat peribadi dengan kami (seperti yang dinyatakan di atas) adalah berpangkalan di luar EEA, mempunyai perkhidmatan sokongan yang terletak di luar EEA atau menyimpan data di luar EEA.

Kami telah menyediakan langkah yang bersesuaian untuk memastikan agar maklumat peribadi anda diperlakukan dengan cara yang selaras dengan dan yang menghormati peruntukan undang-undang perlindungan data di Kesatuan Eropah.
Jika anda inginkan butiran lanjut tentang negara-negara tempat maklumat peribadi anda diproses, sila hubungi[email protected].

  1. Apakah hak anda terhadap maklumat peribadi anda?

Anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pengawal selia perlindungan data di negara EU tempat anda berpangkalan.
Anda mempunyai hak untuk membuat aduan pada bila-bila masa kepada pengawal selia tempatan anda untuk isu perlindungan data. Walau bagaimanapun, kami menghargai peluang untuk menangani kebimbangan anda sebelum anda menghubungi pengawal seliaberkenaan, dan jika anda bersetuju untukberbuat demikian, sila hubungi[email protected]dan kami akan cuba menyelesaikan masalah anda.
Anda juga mempunyai beberapa hak tambahan terhadap maklumat peribadi anda, iaitu:
* hak untuk bertanya kepada kami tentang jenis maklumat peribadi anda yang ada pada kami dan mendapatkan salinan maklumat peribadi anda daripada kami;
* hak untuk meminta kami membetulkan apa-apa kesilapan dalam maklumat peribadi anda;
* hak untuk meminta kami menyemak dan menjelaskan kepentingan sah kami kepada anda;
* hak untuk meminta kami menghapuskan maklumat peribadi anda;
* hak untuk meminta kami mengehadkan penggunaan yang kami lakukanberkaitan dengan maklumat peribadi anda; dan
* hak untuk meminta kami memindahkan maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu.
Sekiranya anda ingin mengakses, menyemak, mengesahkan, membetulkan atau memohon pemadaman maklumat peribadi anda, membantahpemprosesan maklumat peribadi anda atau meminta kami memindahkan salinan maklumat peribadi anda kepada pihak lain, sila hubungi[email protected].

  1. Adakah Notis Privasi ini merangkumi laman web yang anda pautkan daripada laman web kami atau Penyemak Imbas SalamWeb?
    Laman web yang anda kunjungi menggunakan Penyemak Imbas SalamWeb dan yang tidak berkaitan dengan produk atau perkhidmatan SalamWeb tidak dilindungi oleh Notis Privasi ini.Anda hendaklah menyemak maklumat privasi di laman web lain untuk mengetahui cara mereka boleh menggunakan maklumat peribadi anda.
  2. Bagaimanakah kami akan memaklumi anda tentang apa-apa perubahan pada notis Privasi ini?
    Kami memastikanagar Notis Privasi kami sentiasa disemak. Apa-apaperubahan yang kami lakukan kepada Notis Privasi kami pada masa akan datang akan disiarkanpada halaman ini dan jika perubahan tersebut akan memberi kesan kepada anda atau cara kami menggunakan maklumat peribadi anda, kami akan memaklumi anda anda melalui e-mel jika bersesuaian. Sila semak dengan kerap untuk melihat apa-apa kemas kini atau perubahan pada Notis Privasi kami. Notis Privasi ini telahdikemaskinikanpada 27 November 2019.
  3. Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?
    Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan tentang Notis Privasi ini atau tentang cara kami menggunakan maklumat peribadi anda, sila hubungi[email protected].
  4. Senarai data yang dikumpulkan.
Jenis data Data Skop Sebab Tempohhayat simpanan
Statistik penggunaan laman web Data demografi, negara, bandar, penyedia rangkaian, halaman yang dilawati, tempoh pada halaman www.salamweb.com 2 tahun
Maklumat pemasangan ID peranti, OS, tarikh, jenisperistiwa, versi Semua aktivitimemasang / kemas kini / menyahpasang Untuk menjejaki kempen pemasaran dan versi perisian yang sedang digunakan 2 tahun
Lokasi User_ID, tarikh, longitud, latitud Perkhidmatan SalamChat, perkhidmatan SalamNearYou Untuk menguruskan ciri sembang;
Untuk mengumpulkan sejarah berkaitan dengan lokasi untuk ciri SalamNearYou.
2 tahun
Bahasa ID peranti, content_country, content_languages Ringkasan permintaan kepada penyedia kandungan daripada NTP dan aplikasi berita Untuk mengumpulkan statistik pada pilihan bahasa khalayak 3 bulan
Statistik penggunaan ID peranti, tarikh, peristiwa Peristiwa penyemakan imbas utama Perkhidmatan SalamSadaqah memerlukan data sedemikian.
Statistik penggunaan mengandungi maklumat seperti pilihan, klik butang dan penggunaan ingatan.
Statistik penggunaan tidak termasuk URL laman web atau maklumat peribadi.
3 bulan
Laporan ranap ID peranti, OS, memori lembap Semua ranap pada peranti Untuk mengenal pasti kesilapan yang menyebabkan ranap 3 bulan
Laman web yang dikunjungi Tarikh, URL tapak, penarafan Semua permintaan untuk menyemak penarafan tapak Untuk mengumpulkan data SalamProtect dan SalamTag 3 bulan
URL yang diteg dalam SalamTag User_ID, tarikh, URL, teg URL Halaman yang diteg oleh pengguna Untuk mengira penarafan laman web yang diagregat 2 tahun

 

Kami juga akan mengumpulkan maklumat tentang peristiwa statistik, laporan pemasangan, laporan ranap.