Cakap secara terbuka. Cakap di mana sahaja. Cakap dengan SalamWebTalks dan anda akan didengari!
Dengan SalamWebTalks, anda boleh memberi komen atau menilai mana-mana laman web atau halaman.Sertai SalamWebTalks sekarang dan beri komen di halaman rancangan, majalah atau tempat makan kegemaran yang sedang anda lawati; tinggalkan komen yang betul di laman web pembekal perkhidmatan, hotel, syarikat pelancongan, kedai, halaman selebriti, dll.
Bincangkan apa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang anda mahu.
SalamWebTalks membolehkan pengguna memberi komen tanpa had di mana-mana laman web: jika ia ada URL, pengguna boleh memberikan komen. Ini dilaksanakan dengan memasukkan kemudahan membuat komen pada pelayar itu sendiri. Oleh itu, ia bebas sepenuhnya dari pemilik laman web.
Cakap secara terbuka
Komen anda di laman web tidak boleh dihalang oleh pemilik halaman.
Cakap di mana sahaja
Jika ‘sesuatu’ itu ada URL – anda boleh berikan komen.
Biar anda didengari
Komen anda boleh dilihat oleh sesiapa sahaja dalam pelayar SalamWeb.

Memasang SalamWebTalks semudah satu, dua, tiga!
- Pasang pelayar SalamWeb.
- Daftar.
- Anda sedia untuk Cakap.
