Terma perkhidmatan

Terakhir diubah suai: November 28, 2019

APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM TERMA INI?
Terma-terma ini (“Terma”) memaklumi anda tentang peraturan yang mengawal selia penggunaan produk dan perkhidmatan SalamWeb, seperti SalamWeb Browser, SalamToday (portal web gaya hidup), SalamNews (pengagregat berita), SalamChat (perkhidmatan sembang terbuka) dan produk digital lain (termasuk aplikasi) serta perkhidmatan dalam talian (“Produk dan Perkhidmatan SalamWeb”).

KAMI DAN CARA UNTUKMENGHUBUNGI KAMI
Produk dan Perkhidmatan dikendalikan oleh Salam Web Technologies DMCC (“kami”, “SalamWeb”). Kami adalah sebuah syarikat berhad yang didaftarkan di Dubai dengan nombor syarikat DMCC95177 dan yang mempunyai pejabat berdaftar di Unit Nombor: I5-PF-118, Detached Retail I5, Plot No. JLT-PH1-RET-I5, Jumeirah Lakes Towers, Dubai, Emiriah Arab Bersatu atau anak syarikatnya – Salam Web Technologies MY Sdn Bhd, 1 Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Brickfields, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Untuk menghubungi kami, sila e-mel [email protected].

PENERIMAAN ANDA TERHADAP TERMA INI
Apabila menggunakan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb anda mengesahkan bahawa anda menerima terma dan syarat penggunaan yang terkandung di sini dan Notis Privasi (“Notis Privasi”) dan bahawa anda bersetuju untuk mematuhinya.Terma dan syarat penggunaan dan Notis Privasi secara kolektif dirujuk sebagai “Terma”.
Jika anda tidak bersetuju dengan Terma ini, anda tidak boleh menggunakan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb.
Terma utama adalah dalam bahasa Inggeris. Walaupun kami telah menyediakan terjemahan Terma ini daripada versi bahasa Inggeris, anda bersetuju bahawa terjemahan yang disediakan adalah untuk kemudahan anda sahaja dan versi Bahasa Inggeris Terma ini akan mentadbir hubungan anda dengan kami.
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara perkara yang termaktud dalam Terma versi bahasa Inggeris dengan kandungan terjemahan, maka versi Bahasa Inggeris akandiguna pakai.
Dengan menerima Syarat Perkhidmatan ini, anda mengakui bahawa apa-apaketidakpatuhan atau pelanggaran Terma Perkhidmatan akan ditadbir oleh Undang-undang dan Peraturan Persekutuan.

PENGGUNAAN PERISIAN DAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA OLEH KAMI
Produk dan Perkhidmatan SalamWeb menggunakan perisian dan perkhidmatan pihak ketiga.
Perjanjian anda dengan kami juga akan merangkumi terma-terma perisian dan perkhidmatan pihak ketiga.  Anda boleh melihat senarai pihak ketiga dan terma yang berkaitan [di sini]

KAMI BOLEH MELAKUKAN PERUBAHAN KEPADA TERMA INI
Kami boleh meminda Terma ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak kami. Apa-apa perubahan pada Terma akan berkuatkuasa selepas penyiaran Terma yang dipinda atau diubah. Setiap kali anda hendak menggunakan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb, sila semak Terma ini untuk memastikan bahawa anda memahami Terma Perkhidmatan yang digunakan pada masa itu. Anda bersetuju bahawa penggunaan produk dan perkhidmatan SalamWeb secara berterusan selepas perubahan yang dilakukanakan membentuk penerimaan tanpa syarat anda terhadap Terma yang dipinda atau diubah.

KAMI BOLEH MELAKUKAN PERUBAHAN DAN PENGEMASKINIAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN SALAMWEB
Kami boleh mengemas kini dan mengubah Produk dan Perkhidmatan SalamWeb dari semasa ke semasa untuk mencerminkan keperluan pengguna kami. Kami akan berusaha untuk memberikan notis yang munasabah tentang apa-apa perubahan yang utama.
Perisian yang anda gunakan yang berkaitan dengan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb boleh memasang kemas kini secara automatik dari semasa ke semasa. Kemas kini ini direka bentuk untuk meningkat, menyesuai dan mengembangkan lagi Produk dan Perkhidmatan SalamWeb dan mungkin dilaksanakan dalam bentuk pembetulan pepijat, fungsi yang dipertingkatkan, modul perisian baharu dan versi yang baharu sepenuhnya. Anda bersetuju untuk menerima kemas kini tersebut (dan membenarkan kami menyampaikannya kepada anda) sebagai sebahagian daripada Terma untuk penggunaan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb oleh anda.

BATASAN PENGGUNAAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN SALAMWEB
Anda bersetuju untuk menggunakan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb hanya untuk tujuan yang dibenarkan oleh Terma dan hanya setakat yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan atau amalan yang diterima secara umum dalam bidang kuasa yang berkenaan. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan terlibat dalam apa-apa aktiviti yang mungkin mengganggu atau melumpuhkan keupayaan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Tindakan sedemikan yang bertentangan dengan undang-undangboleh dihukum berdasarkan undang-undang UAE.
Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang dialami oleh anda atau terhadap mana-mana pihak ketiga untuk apa-apa pelanggaran kewajipan anda di bawah Terma ini.

KAMI BOLEH MENGGANTUNG ATAU MENARIK BALIK PRODUK DAN PERKHIDMATAN SALAMWEB
Produk dan Perkhidmatan SalamWeb disediakan untuk kegunaan peribadi anda secara percuma.
Kami tidak memberi jaminan bahawa Produk dan Perkhidmatan SalamWeb, atau apa-apa kandungan dalamnya akan sentiasa tersedia atau tidak terganggu. Kami boleh atas budi bicara kami menggantung atau menarik balik atau menyekat ketersediaan semua atau mana-mana bahagian Produk dan Perkhidmatan SalamWeb atas sebab-sebab perniagaan dan operasi. Kami akan cuba memberi anda notis yang munasabah tentang apa-apa penggantungan atau penarikbalikan.
Anda juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua orang yang mengakses Produk dan Perkhidmatan SalamWeb melalui sambungan Internet anda menyedari Terma ini dan terma dan syarat lain yang berkaitan dan mereka mematuhinya.

MAKLUMAT PERIBADI DAN PRIVASI
Anda bersetuju dengan penggunaan data anda selaras dengan Notis Privasikami .

ANDA HENDAKLAHMENJAGA KESELAMATAN BUTIRAN AKAUN ANDA
Jika anda memilih atau anda diberikannama pengguna, kata laluan atau apa-apa maklumat lain sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan kami, anda mesti menyimpan maklumat tersebut sebagai sulit. Anda tidak boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana pihak ketiga.
Kami mempunyai hak untuk melumpuhkan mana-mananama pengguna atau kata laluan, sama ada yang dipilih oleh anda atau diperuntukkan oleh kami, pada bila-bila masa, jika menurut pendapat munasabah kami bahawa anda telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Terma Perkhidmatan ini.
Sila ambil perhatian bahawa di bawah undang-undang UAE adalah suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan dan denda tidak kurang daripada dua ratus ribu dirham dan tidak melebihi lima ratus ribu dirham jika mendapatkan tanpa hak undang-undang yang sah, sesuatu nombor rahsia, kod, kata laluan atau apa-apa cara lain untuk mendapatkan akses kepada teknologi maklumat yang bermaksud laman web, sistem maklumat elektronik, rangkaian komputer atau maklumat elektronik.
Jika anda tahu atau mengesyaki bahawa sesiapa sahaja selain anda mengetahui nama pengguna atau kata laluan anda, anda mesti memberitahu kami dengan segera di [email protected].

CARA DIBENARKAN UNTUK PENGGUNAAN BAHANPADA PRODUK DAN PERKHIDMATAN SALAMWEB
Kami adalah pemilik atau pemegang lesen semua hak harta intelek dalam Produk dan Perkhidmatan SalamWeb, dan dalam bahan yang diterbitkan padanya (kecuali yang lain dinyatakan). Kerja-kerja tersebut dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan perjanjian di seluruh dunia. Semua hak tersebut terpelihara.
Anda boleh mencetak satu salinan, dan boleh memuat turun ekstrak, mana-mana halaman daripada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb untuk kegunaan peribadi anda dan anda boleh menarik perhatian orang lain dalam organisasi anda kepada kandungan yang dipaparkan pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb.
Anda tidak boleh mengubah suai salinan bercetak atau salinan digital bahan-bahan yang telah anda cetak atau muat turun dalam apa-apacara sekalipun, dan anda tidak boleh menggunakan apa-apa ilustrasi, gambar, video atau urutan audio atau apa-apa grafik secara berasingan daripada mana-mana teks yang disertakan.
Status kami (dan mana-mana penyumbang yang dikenalpasti) sebagai pengarang kandungan pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb mesti sentiasa diakui.
Anda tidak boleh menggunakan mana-mana bahagian kandungan pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb untuk tujuan komersil tanpa mendapatkan lesen untuk melakukannya daripada kami atau pemberi lesen kami.
Jika anda mencetak, menyalin atau memuat turun mana-mana bahagian Produk dan Perkhidmatan SalamWeb yang melanggar Terma-terma ini, hak anda untuk menggunakan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb akan terhenti secara serta-merta dan anda hendaklah, atas pilihan kami, memulangkan atau memusnahkan mana-mana salinan bahan yang telah anda buat.
Sila ambil perhatian bahawa di bawah undang-undang UAE adalah satu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh sekurang-kurangnya satu tahun dan denda tidak kurang dari dua ratus lima puluh ribu dirham dan tidak melebihi satu juta dirham (salah satu daripada kedua-dua hukuman atau kedua-duanya akan dikenakan) untuk mengambil alih harta peribadi, faedah, surat ikatan atau tandatangannya sama ada untuk diri sendiri atau orang lain dan tanpa hak undang-undang yang sah, dengan menggunakan kaedah penipuan atau menggunakan nama palsu, atau penyamaran palsu melalui rangkaian komputer  atau sistem maklumat elektronik atau mana-mana teknologi maklumat.

JANGAN BERGANTUNG PADA MAKLUMAT DI LAMAN INI
Kandungan pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb disediakan untuk maklumat umum sahaja. Maklumat ini tidak bertujuan memberi anda apa-apa nasihat berkenaan dengan mana-mana perkara. Anda harus mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil atau menahan, daripada apa-apa tindakan yang berkaitan dengan kandungan pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb.
Walaupun kami telah melakukan usaha yang munasabah untuk mengemas kini maklumat tentang Produk dan Perkhidmatan SalamWeb, kami tidak melakukanapa-apa representasi, waranti atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bahawa kandungan pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb adalah tepat, lengkap atau terkini.

KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP LAMAN WEB PIHAK KETIGA
Apabila Produk dan Perkhidmatan SalamWeb mengandungi pautan ke laman web dan sumber lain yang disediakan oleh pihak ketiga, pautan ini disediakan untuk maklumat anda sahaja.Pautan sedemikian tidak boleh ditafsirkan sebagai kelulusan oleh kami daripada laman web yang dipautkan atau maklumat yang anda peroleh daripada mereka.
Kami tidak mempunyai kawalan dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman atau sumber tersebut.

KANDUNGAN YANG DIJANA OLEH PENGGUNA BUKAN DILULUSKAN OLEH KAMI
Produk dan Perkhidmatan SalamWeb mungkin termasuk maklumat dan bahan yang dimuat naik oleh pengguna Produk dan Perkhidmatan SalamWeb, termasuk dalam bilik sembang atau perkhidmatan lain. Maklumat dan bahan-bahan ini boleh atau tidak boleh disemak atau disekat oleh Produk dan Perkhidmatan SalamWeb. Pandangan yang dinyatakan oleh pengguna lain pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb tidak mewakili pandangan atau nilai kami.
Jika anda ingin mengadu tentang maklumat dan bahan yang dimuat naik oleh pengguna lain sila hubungi kami di [email protected] .

Untuk pengguna Penyemak Imbas SalamWeb: Anda mempunyai keupayaan untuk menyekat laman web yang mungkin mengandungi kandungan yang menyinggung, tidak senonoh dan tidak menyenangkan melalui sistem penapisan.

DASAR PENGGUNAAN YANG BOLEH DITERIMA
Setiap kali anda menggunakan ciri yang membolehkan anda memuat naik kandungan kepada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb, atau untuk berhubung dengan pengguna lain Produk dan Perkhidmatan SalamWeb, anda mesti mematuhi dasar penggunaan yang boleh diterima seperti berikut:
Anda boleh menggunakan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb hanya untuk tujuan yang sah. Anda tidak boleh menggunakan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb:
· Dengan apa-apa pun cara yang melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan tempatan, nasional atau antarabangsa yang berkenaan.
· Dengan apa-apa pun carayang menyalahi undang-undang atau penipuan, atau mempunyai tujuan atau kesan yang menyalahi undang-undang atau penipuan.
· Untuk tujuan merosakkan atau cuba merosakkan kanak-kanak bawah umur dengan apa-apa cara.
· Untuk menghantar, dengan sengaja menerima, memuat naik, memuat turun, mengguna atau menggunakan semula apa-apa bahan yang tidak mematuhi Piawaian Kandungan kami di bawah.
· Untuk menghantar, atau mendapatkan penghantaran, apa-apa bahan pengiklanan atau promosi yang tidak diminta atau tidak dibenarkan atau apa-apa bentuk permintaan yang sama (spam) yang lain.
· Dengan sengaja menghantar apa-apa data, menghantar atau memuat naik apa-apa bahan yang mengandungi virus, trojan, cecacing, bom masa, pengelogtaipan kekunci, perisian intip, perisian iklan atau apa-apa program berbahaya lain atau kod komputer yang serupa yang direka bentuk dengan tujuan untuk mempengaruhi operasi mana-mana perisian atau perkakasankomputer.

Perkhidmatan Interaktif
Kami mungkin dari semasa ke semasa menyediakan perkhidmatan interaktif pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb, termasuk, tanpa batasan:
· bilik sembang;
· papan buletin;
· pemesejan; dan
· perkhidmatan yang lain;
(“Perkhidmatan interaktif”).
Kami akan melakukan yang terbaik untuk menilai apa-apa kemungkinan risiko untuk pengguna (dan khususnya, untuk kanak-kanak) daripada pihak ketiga apabila mereka menggunakan apa-apa perkhidmatan interaktif yang disediakan pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb, dan kami akan memutuskan dalam setiap kes sama ada sesuai untuk menggunakan penyederhanaan daripada perkhidmatan yang berkaitan (termasuk jenis penyederhanaan yang digunakan) berdasarkan risiko tersebut. Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengawasi, memantau atau menyederhanakan apa-apa perkhidmatan interaktif yang kami sediakan pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb, dan kami secara jelas tidak mengecualikan liabiliti kami untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan mana-mana perkhidmatan interaktif oleh pengguna yang melanggar piawaian kandungankami, sama ada perkhidmatan itu disederhanakan atau tidak.
Penggunaan mana-mana perkhidmatan interaktif kami oleh kanak-kanak (seseorang yang di bawah umur 18 tahun) adalah tertakluk kepada keizinan ibu atau bapa atau penjaga mereka. Kami menasihati ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka menggunakan perkhidmatan interaktif bahawa adalah penting untuk mereka berkomunikasi dengan anak-anak mereka tentang keselamatan dalam talian mereka, kerana penyederhanaan tidak menjamin keselamatan sepenuhnya. Kanak-kanak yang menggunakan apa-apa perkhidmatan interaktif harus diberitahu tentang risiko yang berpotensi terhadap mereka.

Piawaian Kandungan
Piawaian kandungan (“Piawaian Kandungan”) ini terpakai kepada mana-mana dan semua bahan yang anda sumbangkan kepada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb (“Sumbangan”) dan kepada mana-mana perkhidmatan interaktif yang berkaitan dengannya.
Piawaian Kandungan hendaklah dipatuhi secara tersurat atau tersirat. Piawaian ini diguna pakai untuk setiap bahagian mana-mana Sumbangan termasuk juga keseluruhannya.
Kami akan menentukan, mengikut budi bicara kami, sama ada sesuatu Sumbangan melanggar Piawaian Kandungan.
Sesuatu Sumbangan hendaklah:
· Bersifat tepat (fakta-fakta dinyatakan).
· Sebenar-benarnya berlaku (menyatakan pendapat).
· Mematuhi undang-undang yang terpakai di mana-mana negara tempat Sumbangan disiarkan.
Sumbangan tidak boleh:
· Memfitnah mana-mana orang.
· Berunsur cabul, menyinggung perasaan, kebencian atau mengapi-apikan.
· Menggalakkan bahan seks secara eksplisit.
· Menggalakkan keganasan.
· Menggalakkan diskriminasi berdasarkan bangsa, jantina, agama, kewarganegaraan, ketidakupayaan, orientasi seksual atau umur.
· Melanggar mana-mana hak cipta, hak pangkalan data atau cap dagangan mana-mana orang lain.
· Kemungkinan untuk menipu setiap orang.
· Melanggar apa-apa kewajibanundang-undang yang berkaitan dengan pihak ketiga, seperti kewajiban kontraktual atau kewajiban keyakinan.
· Menggalakkan sebarang aktiviti haram.
· Berunsur mengancam, menyalahgunakan atau menyerang privasi orang lain, atau menyebabkan gangguan, kesulitan atau kebimbangan yang tidak diperlukan.
· Mungkin akan mengganggu, menimbulkan kemarahan, memalukan, menjengkelkan atau meresahkan mana-mana orang lain.
· Menyamar sebagai mana-mana orang, atau menggambarkan identiti anda atau mengaitkannyasecara tidak sah dengan mana-mana orang.
· Memberikan tanggapan bahawa sesuatu Sumbangan itu berasal daripada kami, jika ini bukan sebenarnya.
· Memperjuangkan, menggalakkan, mendorong mana-mana pihak untuk melakukan, atau membantu mana-mana perbuatan yang menyalahi undang-undang atau jenayah seperti (sebagai contoh sahaja) pelanggaran hak cipta atau penyalahgunaan komputer.
· Mengandungi pernyataan yang anda tahu atau percayai, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, bahawa orang awam yang kepadanya pernyataan itu, atau akan, diterbitkan mungkin difahami sebagai galakan langsung atau tidak langsung atau dorongan lain kepada komisen, persediaan atau dorongan perbuatan terrorisme.
· Mengandungi apa-apa pengiklanan atau mempromosikan apa-apa perkhidmatan atau pautan web ke tapak lain.
Anda menjamin bahawa mana-mana Sumbangan tersebut mematuhi dasar penggunaan kami yang boleh diterima, dan anda akan bertanggungjawab kepada kami dan menanggung rugi kami untuk apa-apa pelanggaran jaminan tersebut. Ini bermakna anda akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang kami alami akibat pelanggaran jaminan anda.
Apa-apa kandungan yang anda muat naik ke Produk dan Perkhidmatan SalamWeb akan dianggap tidak sulit dan bukan proprietari.Anda mengekalkan semua hak pemilikan anda dalam kandungan anda, tetapi anda dikehendaki memberikan kami dan pengguna Produk dan Perkhidmatan SalamWeb hak bukan eksklusif, di seluruh dunia, hak bebas royalti untuk menggunakan dan mengedarkan kandungan tersebut tanpa had masa.
Kami mungkin berhak untuk mendedahkan identiti anda kepada mana-mana pihak ketiga yang menuntut bahawa apa-apa kandungan atau perkhidmatan berkaitan yang disiarkan atau dimuat naik oleh anda pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb merupakan pelanggaran hak harta intelek mereka, atau hak mereka untuk privasi atau merupakan fitnah kepada mereka.
Kami mempunyai hak untuk mengalih keluar mana-mana siaran yang anda buat pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb jika, pada pendapat kami, siaran anda tidak mematuhi Piawaian Kandungan kami.
Kami berhak (tetapi tidak mempunyai kewajipan) untuk membuat pratapisan, semakan, tandaan, tapisan, pengubahsuaian, penolakan atau pengalihan mana-mana atau semua kandungan atau perkhidmatan yang berkaitan daripada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb.
Kami mungkin menyediakan alatan untuk menapis kandungan eksplisit atau perkhidmatan yang berkaitan. Di samping itu, terdapat perkhidmatan dan perisian yang tersedia secara komersial untuk mengehadkan akses kepada bahan yang mungkin anda dapati tidak menyenangkan.
Anda bertanggungjawab secara sepenuhnya untuk menjamin keselamatan dan menyandarkan kandungan anda.

Pelanggaran Dasar Penggunaan yang Boleh Diterima
Apabila kami menganggap bahawa pelanggaran dasar penggunaan yang boleh diterima kami telah berlaku, kami mungkin mengambil sesuatu tindakan sebagaimana yang kami anggap wajar.
Kegagalan untuk mematuhi dasar penggunaan yang boleh diterima merupakan pelanggaran material Terma ini, dan mungkin menyebabkan kami mengambil semua atau mana-mana tindakan berikut:
· Penarikan semula secara segera, sementara atau kekal hak anda untuk menggunakan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb.
· Pengalihan secara segera, sementara atau kekal apa-apa Sumbangan yang dimuat naik oleh anda pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb.
· Pengeluaran amaran kepada anda.
· Prosiding undang-undang terhadap anda untuk pembayaran balik semua kos atas dasar ganti rugi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada kos pentadbiran dan undang-undang yang munasabah) yang terhasil daripada pelanggaran tersebut.
· Tindakan undang-undang lanjut terhadap anda.
Kami mengecualikan liabiliti kami untuk semua tindakan yang mungkin kami ambil sebagai tindak balas terhadap pelanggaran dasar penggunaan yang boleh diterima ini. Tindakan yang kami ambil tidak terhad kepada yang dinyatakan di atas, dan kami boleh mengambil tindakan lain yang boleh dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan UAE.

HAK YANG ANDA BERIKAN KEPADA KAMI UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN YANG ANDA MUAT NAIK
Apabila anda membuat Sumbangan pada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb, anda memberi kami dan pengguna produk dan perkhidmatan kami hak tidak eksklusif, di seluruh dunia, bebas royalti untuk mengguna dan mengedarkan kandungan tersebut.

TANGGUNGJAWAB KAMI UNTUK KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI OLEH ANDA
Kami tidak mengecualikan atau mengehadkan dalam apa-apa jua cara, liabiliti kami kepada anda apabila menyalahi undang-undang untuk berbuat demikian. Ini termasuk liabiliti untuk kematian atau kecederaan peribadi yang disebabkan oleh kelalaian kami atau kecuaian pekerja, ejen atau subkontraktor kami dan untuk penipuan atau gambaran yang salah.
Sila ambil perhatian bahawa kami hanya menyediakan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb untuk kegunaan domestik dan persendirian. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb untuk apa-apa tujuan komersil atau perniagaan, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apakehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan, gangguan perniagaan atau kehilangan peluang perniagaan.
Jika kandungan digital yang cacat yang kami bekalkan telah merosakkan peranti atau kandungan digital milik anda dan ini disebabkan oleh kegagalan kami menggunakan penjagaan dan kemahiran yang munasabah, kami sama ada membaiki kerosakan atau membayar pampasan kepada anda. Walau bagaimanapun, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan yang boleh dielakkan dengan mengikuti nasihat kami untuk memasang kemas kini yang ditawarkan kepada anda secara percuma atau untuk kerosakan yang disebabkan oleh anda gagal mematuhi arahan pemasangan atau mempunyai sistem minimum keperluan yang disarankan oleh kami.

CARA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasikami .

KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB UNTUK VIRUS DAN ANDA HENDAKLAH TIDAK MENYEBARKANNYA
Kami tidak menjamin bahawa Produk dan Perkhidmatan SalamWeb akan selamat atau bebas daripada pepijat atau virus.
Anda bertanggungjawab untuk mengkonfigurasi teknologi maklumat, program komputer dan platform andauntuk mengakses Produk dan Perkhidmatan SalamWeb. Anda harus menggunakan perisian perlindungan virus anda sendiri.
Anda tidak boleh menyalahgunakan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb dengan secara sengaja memperkenalkan virus, trojan, cecacing, bom logik atau bahan lain yang berniat jahat atau berbahaya secara teknologi. Anda tidak boleh mencuba untuk mendapatkan capaian tanpa izin kepada Produk dan Perkhidmatan SalamWeb, pelayan tempat Produk dan Perkhidmatan SalamWeb disimpan atau mana-mana pelayan, komputer atau pangkalan data yang berkaitan dengan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb. Anda tidak boleh menyerang Produk dan Perkhidmatan SalamWeb menerusi serangan penafian perkhidmatan atau serangan penafian perkhidmatan yang diedarkan. Pelanggaran peruntukan ini, menyebabkan anda melakukan kesalahan jenayah di bawah Undang-undang Persekutuan No. (5) tahun 2012 “Tentang Membanteras Jenayah Siber”, kami boleh melaporkan apa-apa pelanggaran terhadap pihak berkuasa penguatkuasaan yang berkaitan dan kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan.Sekiranya berlaku pelanggaran itu, hak anda untuk menggunakan Produk dan Perkhidmatan SalamWeb akan terhenti dengan serta-merta.

UNDANG-UNDANG NEGARA MANAKAH YANG DIGUNA PAKAI UNTUK APA-APA PERTIKAIAN?
Pertikaian berkontrakditadbirdi bawah undang-undang Emiriyah Arab Bersatu yang mahkamahnya hendaklah memiliki bidang kuasa yang tidak eksklusif atas pertikaian tersebut.